PENANG GREEN COUNCIL MENYAMBUT TRIPDA (MALAYSIA)JARINGAN GLOBAL ATAS TALIAN UNTUK PERKONGSIAN PENGANGKUTAN SEBAGAI RAKAN KONGSI

Untitled-1

Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 akan kembali dalam masa 10 hari! Selaras dengan tema Ekspo Dunia Milano 2015: “Feeding the Planet,Energy for Life”, Penang Green Council kini menyediakan platform yang paling mudah dan selaras dengan tema karnival ini – Kekalkan Makanan Kita untuk memberi kesan dan berbincang tentang isu-isu keselamatan dan kemampanan makanan dalam konteks alam sekitar, pada 13-14 Jun di Tingkat Bawah, 1st Avenue Pulau Pinang.

Karnival tahun ini telah menggalakkan lebih ramai pihak berkepentingan bukan komersial seperti NGO, NPO dan CBO untuk turut serta pada tahun ini. Ini adalah untuk memberi penekanan kepada usaha berterusan yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dalam menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang. Sesi pameran telah menerima permintaan dari 13 agensi/ jabatan dari sektor bukan komersial, dan 16 dari syarikat-syarikat komersial untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Tripda (Malaysia) sebagai rakan kongsi Penyelesaian Pengangkutan bagi menggalakkan perkongsian kereta sempena Karnival Hijau Pulau Pinang 2015. Ditubuhkan di Brazil pada tahun 2014, Tripda kini beroperasi di 12 buah negara merentasi Amerika Latin, Amerika Utara dan Asia.

Statistik dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 1.2 juta motosikal dan 1 juta kereta persendirian telah berdaftar di Pulau Pinang. Kesesakan lalu lintas telah menjadi isu utama pada hujung minggu atau hujung minggu perayaan di Pulau Pinang. Sementara mengusahakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kami mengalu- alukan inisiatif lain seperti Tripda untuk menawarkan pelawat dan orang awam alternatif lain bagi melakukan perjalanan dengan cara yang lebih mesra alam – kurang kereta, kurang pencemaran udara dan bunyi sambil menikmati faedah perkongsian kos dan sumber. 100 kereta pertama yang berdaftar untuk berkongsi kereta ke acara ini akan berpeluang untuk menerima Kad Starbucks yang bernilai sehingga RM40 bagi setiap kereta sebagai insentif.

Lebih daripada 50 peserta pameran dan rakan-rakan aktiviti menyertai karnival tahun ini.

Karnival tahun ini memberi fokus kepada makanan dan bagaimana pilihan gaya hidup kita boleh mempengaruhi sistem makanan dan persekitaran. Bagi meningkatkan intipati masyarakat memberikuasa kepada masyarakat supaya hidup berpaksikan amalan hijau dan pemakanan baik, kami menjemput penceramah tempatan daripada Penang Institute, Hospital Island dan Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM) untuk berkongsi mengenai Evolusi Pertanian, Pertanian Organik, Kemampanan Makanan dan Diet Sihat. Kami juga ingin menjemput anda semua untuk mengambil bahagian dalam Bengkel Minda Eko Hijau yang membolehkan anda membuat kompos, enzim atau origami menggunakan kertas kitar semula!

Kanival ini bertujuan untuk mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan keluarga dan remaja dalam memupuk sifat/ tingkah laku yang cintai alam sekitar. Aktiviti di bawah pasti akan menarik minat anda:

  •  Orang awam boleh menghantar sisa elektronik (e-waste) ke gerai Jabatan Alam Sekitar semasa karnival dan dapatkan ganjaran rebat tunai.
  •  ‘Moku-moku: Cabaran Sisa Menjadi Makanan’- satu pengalaman pembelajaran untuk hubungkaitkan makanan dan alam semulajadi.
  •  Menemui maskot misteri ‘Selamakan Makanan Laut Kita’ yang dibawakan oleh WWF.

Para ibu bapa digalakkan membawa anak-anak mereka untuk mengambil bahagian dalam:

  • Bengkel Memasak kanak-kanak – ‘Saya Chef Hijau Muda ’
  • Pertandingan Mewarna “Garden in the Sky”

Di samping itu, untuk golongan remaja kami telah menyediakan aktiviti seperti pertandingan membuat model: ‘Membina Masa Depan yang Hijau’. Pertunjukan memasak ‘Makan. Hijau. Cinta’ sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui cara pemakanan sihat iaitu diet karbon rendah. Saksikanlah tokoh muda alam sekitar berdebat mengenai isu-isu alam sekitar melalui pertandingan pengucapan awam dalam Peringkat Akhir Idola Hijau Pulau Pinang 2015!

Penganjur bersama utama untuk karnival ini termasuk: 1st Avenue Pulau Pinang, Malaysia Green Building Confederation (MGBC) dan Green Building Index Sdn Bhd (GBI). Rakan-rakan sokongan adalah Penang Institute, Sunshine Garden Centre Sdn Bhd, Jasper Promenade Sdn Bhd dan ICT Mall.

Selain itu, penganjur bersama seperti: Sand Art Corner, WWF Malaysia, Green Cap Ventures dan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai sementara mempelajari sesuatu yang bermaklumat mengenai tema kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ace Dot My Sdn Bhd sebagai Rakan Penyelesaian Pintar acara ini. Dengan keupayaan visual dan audio alat-alat ini, kami dapat mengurangkan jurang dan merapatkan orang ramai dengan cara interaktif yang menyeronokkan semasa karnival ini.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan penghargaan kepada para penaja acara, mereka adalah TMT Online Sdn Bhd, OOHM International Holdings Sdn Bhd, XOX Com Sdn Bhd, Matahari Uniform Centre Sdn Bhd, Nets Printwork Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn Bhd, Optimal Media Sdn Bhd Gurl Studio, Vees Kitchen Appliances, Wangchao Restaurant and Buffet Catering dan Chef Teoh Jun Hung.

Penyertaan dan pendaftaran untuk semua aktiviti adalah percuma! Pra-pendaftaran boleh dilakukan di http://pgigc.com.my bagi menerima hadiah misteri. Sila layari laman sesawang www.pgigc.com.my atau LIKE Facebook kami: Penang International Green Carnival untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Thing Siew Shuen

Hubungi kami:
Penang Green Council (PGC Strategies Sdn Bhd)
Alamat:

Tingkat 46, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-2503321
Fax: +604-2503323
Email: info@pgc.com.my
Laman web: www.pgc.com.my

Tags:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>