Ucapan Aluan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Green Council semasa Majlis Pelancaran Karnival Hijau Pulau Pinang

Untitled-2

KEKALKAN MAKANAN KITA, MAKAN SECARA BERTANGGUNGJAWAB

Selamat Pagi dan selamat datang ke Karnival Hijau Pulau Pinang 2015!

Pertama sekali, saya amat berbesar hati untuk merasmikan Karnival Hijau Pulau Pinang pada hari ini yang bertema, “Kekalkan Makanan Kita”. Sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Ekspo Dunia Milano 2015, Pulau Pinang menepati tanggungjawabnya sebagai sebuah perbandaran antarabangsa yang sesuai didiami dalam menggalakkan kesedaran dan tindakan sejagat bagi memberi kesan dan berbincang tentang isu-isu keselamatan dan kemampanan makanan dalam konteks alam sekitar. Mari kita menguruskan sumber dan “kekalkan makanan kita” dengan cara yang mampan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penganjur bersama utama – 1st Avenue Penang, Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) dan Green Building Index Sdn Bhd (GBI). Rakan-rakan kongsi – Penang Institute, Sunshine Garden Centre Sdn Bhd, Jasper Promenade Sdn. Bhd. dan ICT Mall. Tidak lupa juga, para penganjur bersama kami – Sand Art Corner, Green Cap Ventures, Pusat Pengajian Teknologi Industri USM dan WWF Malaysia.

Penang Green Council telah meneruskan inisiatif hijau mereka melalui acara kemuncak mereka – Karnival Hijau Pulau Pinang. Tahun ini, kami berbangga untuk melihat lebih daripada 50 peserta pameran dan penganjur aktiviti yang terdiri daripada sektor bukan komersial (contohnya NGO, NPO dan CBO) ke syarikat-syarikat komersial.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat dan dijangka mencecah 9.6 bilion pada tahun 2050, sekiranya amalan penggunaan dan pengeluaran semasa kekal sama, pengeluaran makanan dunia perlu meningkat sebanyak 70%. Jumlah makanan yang terbazir di seluruh dunia menghampiri tahap kritikal, didorong oleh pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi yang tinggi. Secara kontras, di Malaysia, 45% daripada 33,000 tan sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari adalah Sisa Makanan. Dengan kadar sisa semasa yang dihasilkan, dianggarkan bahawa menjelang tahun 2020, Semenanjung Malaysia akan mengisi hampir 16 Menara Berkembar Petronas dengan sisa makanan yang dijanakan.

Karnival tahun ini merupakan peluang untuk kita menyedari tanggungjawab kita untuk mengekalkan sistem makanan global dan sistem ekologi serta menjadi ejen perubahan. Ia juga mengajar kita makna kemampanan – menggunakan sumber hari ini sebelum kehabisan.

Dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang negeri hijau pertama Malaysia, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkan beg plastik percuma di pusat-pusat membeli-belah dan diikuti dengan laranganbekas makanan polisterin. Kita juga telah mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi sebanyak 32%, jauh melebihi sasaran nasional iaitu 20% menjelang tahun 2020.

Kami meneruskan usaha dengan memperkenalkan bangunan hijau pertama kerajaan negeri Pulau Pinang –
Tech Dome Pulau Pinang yang bernilai RM25 juta merupakan inisiatif kami dalam menyalakan semula minat golongan muda dalam bidang sains dan teknologi. Kerajaan negeri juga mengambil langkah-langkah pro-aktif dalam memelihara flora dan fauna seperti yang ditunjukkan oleh Bukit Bendera dan Taman Botani Pulau
Pinang. Usaha-usaha kami juga telah menarik perhatian pihak antarabangsa dengan drama popular UK, “Indian Summers”, telah memilih Pulau Pinang sebagai lokasi filem mereka kerana Pulau Pinang masih
mengekalkan keindahan dan persekitaran bangunan-bangunan warisannya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Rakan Penyelesaian Pintar acara kami – Ace Dot My Sdn Bhd, Rakan Penyelesaian Pengangkutan – Tripda (Malaysia), penaja acara kami – TMT Online Sdn Bhd, OOHM International Holdings Sdn Bhd, XOX Com Sdn Bhd, Matahari Uniform Centre Sdn Bhd, Nets Printwork Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn Bhd, Optimal Media Sdn Bhd, Gurl Studio, Vees Kitchen Appliances, Restoran Wangchao dan Buffet Catering dan Chef Teoh Jun Hung.

Akhir sekali, ucapan tahniah atas dedikasi dan sumbangan dalam melindungi alam sekitar demi masa depan anak-anak kita! Visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat adalah mustahil tanpa setiap seorang daripada kamu. Ingatlah, kita tidak mewarisi bumi tetapi hanya meminjamnya daripada anak-anak kita. Hijaukanlah dunia kita supaya anak-anak kita mengingati kebaikan
yang telah kita lakukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan, dengan sukacitanya, Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 kini bermula secara rasmi!

Terima kasih!

Tags:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>