Ucapan Aluan oleh Thing Siew Shuen, Pengurus Besar Penang Green Council di Majlis Perasmian Karnival Hijau Pulau Pinang 2015.

Selamat Pagi! Saya ingin mengalu-alukan para hadirin di Majlis Perasmian Karnival Hijau Pulau Pinang pada hari ini! Saya amat berbesar hati kerana melihat anda semua meraikan tema karnival tahun ini – “Kekalkan Makanan Kita” sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada rakan kongsi aktiviti, penaja-penaja, peserta-peserta pameran dari semua lapisan masyarakat dan kepada semua yang berada di sini untuk menjayakan karnival hari ini! Terima kasih atas komitmen anda yang menghasilkan impak
positif kepada planet kita.

Tahun ini, kita mempunyai satu siri program-program kesedaran, permainan, pertandingan, ceramah dan forum perbincangan, bengkel, Kempen Karbon Diet Rendah dan Pertandingan Pidato Idola Hijau Pulau Pinang, khusus untuk kanak-kanak, keluarga dan orang ramai; memberi tumpuan kepada makanan dan
bagaimana pilihan gaya hidup kita boleh mempengaruhi keselamatan dan kemampanan makanan

Perjuangan “pemilikan (ownership)” dalam konteks alam sekitar, kami juga menganjurkan pelbagai program pendidikan alam sekitar. Kami menyediakan insentif alam sekitar melalui Penang Green Council (PGC). Karnival Hijau Pulau Pinang merupakan salah satu platform di mana semua “minda hijau” ditempatkan untuk pembangunan mampan yang progresif dan membina.

Tahun ini, PGC akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah – Gala Pinang Hijau 3A (3A bermaksud Achievements, Awards & Accolades atau Pencapaian, Penganugerahan & Penghargaan) sebagai acara penutup tahun 2015. Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memberikan pengiktirafan kepada semua yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui anugerah-anugerah berikut, Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang, Pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang, Inovasi Insentive Hijau Pulau Pinang, Insentif Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan Pulau Pinang (SPAH), Anugerah Kewartawanan Hijau Pulau Pinang, Pertandingan Video Hijau Pulau Pinang dan  “Sijil Penghargaan Pinang Hijau”. Dua anugerah baru telah kami perkenalkan tahun ini di bawah payung Anugerah Pinang Hijau Pulau Pinang, iaitu, Anugerah Pemuliharaan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Anugerah Kemampanan Alam Sekitar Pulau Pinang, untuk menggalak dan menginspirasi individu-individu dan organisasi-organisasi di Pulau Pinang.

Banyak kali, kita terkagum dengan keindahan dan kekayaan alam, namun mengambil ringan limpahan kekayaan alam; dan kini tinggal di planet yang sudah terbatas sumber-sumber aslinya untuk anak-anak kita dan juga generasi-generasi yang akan datang. Kita perlu bertindak sekarang dan hentikan pertanyaan “Apakah faedah yang boleh saya dapat?”. Kita semua perlu mengambil alih “pemilikan” untuk menguruskan sumber-sumber dan alam sekitar secara cekap dan berkesan.

Saya berharap anda berseronok dan bergembira pada karnival hari ini.

Terima kasih!

Tags:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>