pgigc: 2017 | KARNIVAL HIJAU ANTARABANGSA PULAU PINANG 2017
1090
post-template-default,single,single-post,postid-1090,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

KARNIVAL HIJAU ANTARABANGSA PULAU PINANG 2017

Kenyataan Akbar oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, Phee Boon Poh pada 16 Mei 2017:

Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang memberi komitmen terhadap kesedaran dan perlindungan alam sekitar melaui aktiviti yang berkait rapat dengan isu alam sekitar seperti permainan, persembahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan pada hujung minggu. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Penang Green Council (PGC) bersama dengan Malaysia Green Building Confederation (MGBC) Northern Chapter pada 9 dan 10 September, bertempat di Pusat Konvensyen SETIA SPICE, Bayan Lepas, bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.

Pembangunan sedunia telah membawa perubahan drastik dan cabaran alam sekitar, terutamanya dalam beberapa tahun ini. Menurut Laporan NAHRIM (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia), bacaan kenaikan suhu global dari tahun 1901-2012 adalah antara 0.69-1.08 darjah Celcius; manakala bacaan kenaikan aras laut global dari tahun 1901-2010 adalah antara 1.7mm – 2.1mm. Kebanyakan negara kepulauan kecil (small island states) diancam oleh peningkatan aras air laut. Pulau Pinang mempunyai kebanyakan ciri-ciri negara kepulauan kecil dan turut terdedah kepada cabaran-cabaran alam sekitar ini. Sebagai contoh, populasi penduduk yang tinggi meningkatkan tekanan terhadap sumber-sumber yang terhad; penggunaan sumber secara keterlebihan; kawasan tadahan air yang kecil dan bekalan air tawar yang terancam; pentadbiran awam dan infrastruktur yang berkos tinggi. Seperti tempat-tempat lain, Pulau Pinang turut mengalami cuaca yang melampau dan hujan ribut yang mengakibatkan banjir kilat.

Kita telah saksikan kemusnahan dan kesan-kesan daripada perubahan iklim di seluruh dunia. Menurut NASA, suhu global meningkat secara berterusan dan telah memecah rekod setiap tiga tahun. Sementara itu, bulan Januari 2017 telah memecah rekod suhu purata bagi bulan tersebut berbanding 30 tahun yang lalu. Sekuriti makanan, perubahan corak pengeluaran dan lain-lain. Semua fenomena yang berlaku ini bencana alam atau akibat perbuatan manusia? Apa yang boleh kita lakukan untuk perubahan iklim?

Tema karnival tahun ini – BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG! (AGAINST CLIMATE CHANGE TOGETHER (ACCT), NOW) akan cuba untuk menjawab persoalan ini melalui permainan, persembahan dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan untuk memastikan kanak-kanak dan orang dewasa dapat menikmati proses pembelajaran dan penemuan. Hari ini, kita ingin mengetengahkan dua acara di sini.

  1. Pengumpulan TUBA @ Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang bagi mengelakkan pencemaran enapcemar merkuri/ plumbum di bawah Konvensyen Minamata mengenai Merkuri

Konvensyen Minamata mengenai Merkuri adalah perjanjian antarabangsa yang direka untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar terhadap pelepasan merkuri dan kompaun merkuri secara antopogenik. Kerajaan Malaysia telah memeterai dan mematuhi dengan sepenuhnya perjanjian tersebut pada 24 September 2014.

Sejak kebelakangan ini, lampu LED telah menggantkani lampu kalimantang secara meluas. Namun, pembuangan lampu kalimantang yang mengandungi merkuri tosik dan bateri yang mengandungi plumbum merupakan bahan-bahan berbahaya. Buat masa ini, tiada undang-undang dan peraturan di Malaysia bagi pelupusan sisa buangan terjadual dari isi rumah (household hazardous waste). Namun kami juga menyedari bahawa TUBA membahayakan alam sekitar terutamanya terhadap laluan air dan kesihatan manusia dan mereka patut dilupuskan sebagai sisa terjadual.

Kami berbesar hati dengan kerjasama Cenviro Sdn. Bhd. untuk menganjurkan kutipan tiub lampu dan bateri alkali terpakai (TUBA) dari isi rumah buat pertama kali. Cenviro akan menyediakan kemudahan untuk pengumpulan tiub lampu dan bateri alkali terpakai dari isi rumah di Pulau Pinang bagi memupuk kesedaran orang ramai mengenai cara pelupusan TUBA yang selamat. Peti kayu akan disediakan untuk mengisi TUBA terpakai, seterusnya sisa terjadual tersebut akan dihantar ke tapak pelupusan untuk pelupusan selamat.

Pengumpulan akan bermula dari 12.00 tengahari hingga 4.00 petang pada kedua-dua hari karnival. Pra-pendaftaran diperlukan.

  • Setiap kilogram (kg) pertama pelupusan adalah percuma; caj nominal sebanyak RM5 akan dikenakan untuk setiap kg berikutnya. Kehadiran tanpa pra-pendaftaran akan dikenakan bayaran RM15 setiap kg.
  • TUBA terpakai perlu dibalut dengan betul sebelum dihantar untuk pelupusan, ia boleh dibalut dengan menggunakan kotak pembalut asal tiub lampu, atau dimasukkan ke dalam beg plastik transparen (telus), atau diikat dengan tali jika tiub bersaiz panjang.
  • Orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pelupusan TUBA perlu mendaftar dengan PGC sebelum 3 Julai 2017. Butiran lanjut boleh didapati di www.pgigc.com.my/2017/TUBA. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  1. MGBC Eco Power Run: Bangun Hijau, Gaya Hidup Sihat

MGBC Eco Power Run 2017 akan dianjurkan pada 10 September (Ahad) demi kehijauan, kesihatan dan kecergasan! Larian 7km ini adalah sebahagian daripada Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang, dengan bangganya disokong oleh penganjur bersama kami – Malaysia Green Building Confederation Northern Chapter. Pakaian rasmi acara ini ditaja oleh Ultron dan ditaja bersama oleh Emico. Marilah sertai larian ini untuk tujuan baik dan menggalakkan gaya hidup sihat. Hadiah cabutan bertuah yang menarik menunggu peserta-peserta! Daftar sebelum 31 Julai 2017 untuk menikmati diskaun pendaftaran awal. Untuk pendaftaran atau pertanyaan, sila hubungi En. Kenny di 016-3415982.
Organisasi tempatan dan syarikat-syarikat yang menyediakan penyelesaian dialu-alukan untuk menyertai Karnival Hijau sebagai pempamer. Pakej pameran kini sedia dibuka untuk penyertaan. Nikmati 20% Diskaun Pendaftaran Awal apabila anda mendaftar sebelum 30 Jun 2017 di www.pgigc.com.my.

Untuk maklumat lanjut acara ini, sila “like” dan ikutilah kami di Facebook Penang International Green Carnival, atau hubungi 04-250 3322 untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

Phee Boon Poh

 

No Comments

Post A Comment