pgigc: 2017 | Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia : Happython Pulau Pinang 2017 dan Pertandingan Fotografi ‘Saya Cinta Pokok’.
1130
post-template-default,single,single-post,postid-1130,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia : Happython Pulau Pinang 2017 dan Pertandingan Fotografi ‘Saya Cinta Pokok’.

Kenyataan Akbar oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, Phee Boon Poh pada 2 Jun 2017:

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia : Happython Pulau Pinang 2017 dan Pertandingan Fotografi ‘Saya Cinta Pokok’.

Sempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami akan menyambut sambutan ini bersama-sama Happython Penang dan Pertandingan Fotografi ‘Saya Cinta Pokok’.

Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2017 merupakan salah satu acara tahunan terbesar untuk tindakan positif terhadap perubahan alam sekitar. “Hubungkan Manusia Dengan Alam Sekitar”, ialah tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 yang dipilih oleh Kanada yang selaku hos negara, memohon semua untuk keluar menikmati dan menghargai keindahan dan kepentingan alam semulajadi, dan juga mengambil seruan untuk melindungi bumi yang kita kongsikan bersama. Tema tahun ini mengajak kita untuk berfikir tentang bagaimana kita menjadi sebahagian daripada alam semula jadi dan bagaimana kita bergantung rapat kepadanya.

Dua aktiviti yang akan dianjurkan untuk menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia:

 

1) Happython Pulau Pinang 2017

Yoga untuk ketenangan dan kebahagiaan – Happython akan diadakan pada 17 Jun 2017, 6 petang – 8 malam di Straits Quay Promenade oleh rakan sokongan penjenamaan kami, The Art of Living, yang bertujuan untuk membantu individu-individu mengatasi tekanan dan merasai ketenangan jiwa melalui amalan yoga. Yoga merupakan amalan selama 5000 tahun, yang membawa penyatuan kepada diri dan keharmonian dengan alam sekitar. Postur yang mudah tetapi berkesan ini, ditambahkan dengan latihan pernafasan dan diikuti dengan relaktasi mendalam, yang membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada badan, minda dan semangat.

Program pada malam ini juga termasuk sesi cabutan bertuah, sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara ahli. Yuran pendaftaran ialah RM30 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun. 100 peserta pertama yang mendaftar sebagai ahli baru The Art of Living semasa acara ini akan mendapat tikar yoga secara percuma. Sesiapa yang berminat, sila layari laman Facebook ‘Happython Penang 2017’ atau hubungi Betty Ooi di 014-346 9123 untuk mendaftar.

2) Pertandingan Fotografi ‘Saya Sayang Pokok’    

Pertandingan Fotografi ‘Saya Sayang Pokok’ yang diperkenalkan oleh Penang Green Council (PGC) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Kami akan mula menerima penyertaan pada 1 Jun 2017 sehingga 16 Julai 2017. Objek dalam foto untuk pertandingan tersebut mestilah berada dalam kawasan lingkungan Pulau Pinang. Hadiah wang tunai sebanyak RM2,100 untuk dimenangi!

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017, yang bertepatan dengan tema karnival BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG! (AGAINST CLIMATE CHANGE TOGETHER (ACCT), NOW). Semua gambar penyertaan akan dipamerkan semasa Karnival Hijau. Penebangan hutan ialah akibat terbesar kepada perubahan iklim. Menurut ahli Saintis, penebangan hutan dan pokok akibat ketamadunan menyumbang kepada kira-kira 23% pelepasan karbon dioksida (CO2), yang bersamaan dengan 17% pelepasan pemanasan gas rumah hijau semasa yang menyebabkan pemanasan global selama 100 tahun ini. Pokok memainkan peranan penting kepada manusia kerana mereka dapat membantu menyerap CO2, dan melepaskan kembali oksigen ke atmosfera, untuk menyejukkan bandar-bandar. Oleh itu, pertandingan fotografi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pokok kepada alam sekitar dengan menghargai keindahan pokok. Kami rasa bangga kerana Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia sejak 10 tahun yang lepas dari 2006-2015, di mana tiada seinci persegi hutan simpanan kekal yang telah ditebang.

Untuk maklumat lanjut pertandingan ini, sila layari laman web PGC www.pgigc.com.my/2017/ilovepokok atau layari Facebook ‘Penang International Green Carnival’.

Terima kasih.

Phee Boon Poh.

No Comments

Post A Comment