pgigc: 2017 | Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia:Happython Penang 2017
1150
post-template-default,single,single-post,postid-1150,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia:Happython Penang 2017

Ucapan Aluan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, Phee Boon Poh pada 17 Jun 2017:

Sambutan Hari Alam Sekitar SeduniaHappython Penang 2017

  • Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2017 merupakan salah satu acara tahunan terbesar untuk tindakan positif terhadap perubahan alam sekitar. “Hubungkan Manusia Dengan Alam Sekitar”, ialah tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2017, memohon semua untuk keluar menikmati dan menghargai keindahan dan kepentingan alam semulajadi, dan juga mengambil seruan untuk melindungi bumi yang kita kongsikan bersama. Tema tahun ini mengajak kita untuk berfikir tentang bagaimana kita menjadi sebahagian daripada alam semula jadi dan bagaimana kita bergantung rapat kepadanya. Kami rasa bangga kerana Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia sejak 10 tahun yang lepas dari 2006-2015, di mana tiada seinci persegi hutan simpanan kekal yang telah ditebang.
  • Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang ‘Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria’. Sejak 2010, kami telah mula dengan inisiatif siri alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan sumber seperti khidmat bas CAT percuma, tiada beg plastik percuma setiap hari, larangan bekas makanan polistirena, memberi insentif untuk bangunan hijau, menyediakan laluan basikal, dan memperkenalkan sistem perkongsian Link Bike.
  • Kami juga merupakan kerajaan sosial demokratik yang menitikberatkan konsultasi awam untuk projek penting. Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk penambakan laut di kawasan selatan Pulau Pinang juga merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang boleh diakses atas talian sehingga 23 June. Kami menggalakkan rakyat Pulau Pinang untuk memberi pandangan atas projek ini. Pameran awam telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan orang awam juga boleh menghantar ulasan bertulis kepada jabatan tersebut sebelum 7 Julai.

  • Kami telah mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi di negara ini dengan jumlah 32% berbanding dengan purata negara sebanyak 10.5% dan berharap untuk meningkatkan kadar kitar semula semasa dari 32% ke 40% pada tahun 2020. Kami adalah negeri pertama yang menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia dan akan terus berbuat demikian. Sejak 2010, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan pembinaan dua loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia.
  • Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Art Of Living dalam menganjurkan acara pada hari ini. Kami berharap untuk berjumpa dengan anda di acara utama kami yang seterusnya – Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017 pada bulan September.

Terima kasih.

Phee Boon Poh

No Comments

Post A Comment