pgigc: 2017 | Mengenai Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017
1357
post-template-default,single,single-post,postid-1357,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

Mengenai Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Green Council,
Lim Guan Eng pada 24 Ogos 2017 semasa Sidang Media Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang
2017 di ICT Mall, KOMTAR:
Cara untuk Mengurangkan Impak Anda terhadap Alam Sekitar

“Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang” – platform terbesar di utara Malaysia untuk pendidikan alam sekitar akan diadakan pada 9 dan 10 September, bertempat di Arena SETIA SPICE, bermula dari 10 pagi hingga 6 petang. Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar dan menggalakkan orang ramai untuk menangani punca dan kesan pemanasan global serta mewujudkan kesan yang menyeluruhkan dalam usaha memerangi perubahan iklim. Tema karnival tahun ini – BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG! (AGAINST CLIMATE CHANGE TOGETHER (ACCT), NOW) akan menampilkan lebih daripada 70 pempamer dan rakan aktiviti yang mewakili jenama, organisasi dan entiti terkemuka serta siri program kesedaran, permainan, pertandingan, ceramah dan banyak lagi.

Menurut Laporan NAHRIM (Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia), bacaan kenaikan suhu global dari tahun 1901-2012 adalah antara 0.69-1.08 darjah Celcius; manakala bacaan kenaikan aras laut global dari tahun 1901-2010 adalah antara 1.7mm – 2.1mm. Kebanyakan negara kepulauan kecil (small island states) diancam oleh peningkatan aras air laut. Pulau Pinang mempunyai kebanyakan ciri-ciri negara kepulauan kecil dan turut terdedah kepada cabaran-cabaran alam sekitar ini seperti cuaca yang melampau dan banjir kilat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang 'Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria. Sejak tahun 2010, kami telah mula dengan inisiatif siri alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan sumber seperti khidmat bas CAT percuma, tiada beg plastik percuma setiap hari, larangan bekas makanan polistirena, memberi insentif untuk bangunan hijau, menyediakan laluan basikal, pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.

Pulau Pinang telah mencapai 38% kadar kitar semula yang tertinggi di negara ini berbanding dengan 22% kadar kitar semula negara dan berharap untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% menjelang tahun 2020. Kami adalah negeri pertama yang menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia dan akan terus berbuat demikian. Kami berharap Malaysia dapat meninggalkan loji tenaga kuasa nuklear seperti Jerman.

Kami tidak akan membenarkan sebarang pembinaan loji tenaga kuasa nuklear di Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan keputusan kami.

Kami tidak pernah membenarkan pembalakan hutan simpan kekal, tidak seinci persegi pun disentuh.
Tambahan pula, kami telah menanam lebih daripada 271,000 pokok di Pulau Pinang sejak tahun 2008. Semua majlis rasmi untuk melindungi biodiversity semulajadi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu. Kami sedang menuju ke arah negeri hijau yang pertama di Malaysia.

Acara tahunan ini merupakan anjuran bersama Penang Green Council (PGC) and Malaysian Green BuildingConfederation (MGBC) Northern Chapter. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), penganjur bersama, penaja-penaja dan rakan-rakan kongsi, karnival ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu dan berterusan daripada semua pihak ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja atas sokongan mereka terhadap Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017, yang menunjukkan komitmen perniagaan mereka kepada alam sekitar dan kualiti kehidupan. Mereka adalah penaja utama: Solarvest Energy Sdn Bhd, Sunway Property, Wiitrac Elevator Sdn Bhd and para penaja seperti berikut: Sulomas Utara Sdn Bhd, Apollo Vista Concept Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Genting Hong Kong & Star Cruises, Ninebot Malaysia, Biji-biji Initiative, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Entopia by Penang Butterfly Farm, Greenxagon Marketing Sdn Bhd, Cenviro Sdn Bhd, Nets Printwork Sdn Bhd and Koo Bros Production.

Perubahan iklim tidak mendiskriminasi dan ia adalah ancaman terbesar kini dan kepada generasi masa depan. Perubahan iklim kini sedang berlaku di sini dan sekarang adalah masa untuk bertindak. 9 & 10 September adalah hari untuk mengubah dunia yang bermula dari setiap satu orang. Marilah Bertindak Terhadap Perubahan Iklim Sekarang!
Terima Kasih

Lim Guan Eng

 

Lampiran: Mengenai Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017
Lebih Daripda 70 Pempamer Dan Rakan Aktiviti yang Menyokong Perjanjian Pengurusan Sisa
Acara-acara Kemuncak – Cubaan untuk Memecahkan Malaysia Book of Records bersama Moku-moku
Kami akan mencuba untuk memecah Malaysia Book of Records dengan mencipta kolaj terbesar yang
diperbuat daripada barangan kitar semula dengan melibatkan semua pelawat di karnival dalam masa dua hari.

Perubahan kecil mampu memberi impak besar. Kami berhasrat untuk mempengaruhi lebih ramai orang dari semua lapisan masyarakat untuk melawat, berkumpul, mencadangkan penyelesaian dan mengambil tindakan. Karnival ini merupakan hari keluarga yang penuh dengan pendidikan yang berinspirasi serta program dan aktiviti kesedaran. Ia juga merupakan satu platform yang menggalakkan idea hijau, penyelesaian dan amalan lestari, pameran produk, teknologi dan organisasi.

Kami ingin memberi pengaruh kepada pelajar, kanak-kanak, peniaga, profesional, dan orang ramai melalui bengkel, aktiviti dan ceramah seperti Dialog Perubahan Iklim Bersama Pemimpin “Who cares? I care!” , Larian Eco Power MGBC, Pengumpulan TUBA (tiub lampu dan bateri alkali terpakai dari isi rumah), I am a Little Green Chef, Pertandingan Teknik Capan: Beauty in Our Food, Pertandingan Mewarna Sand Art, Bengkel dan Ceramah Pengasingan Sisa iCycle, Pengkomposan Ecoknights dan lain-lain untuk memupuk budaya mampan dan penyelesaian hijau Goals for Green bersama Faiz Subri Jumpa dan main tendangan bebas dalam permainan “Goals for Green” bersama Faiz Subri, Penyerang
(Striker) Pulau Pinang dan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 pada 9 September, 2.30pm-3.30pm dan bawa balik t-shirt karnival yang ditandatangani oleh Faiz Subri! Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi 2 tiket ke Liga Super 2017 dan 2 tiket ke Entopia dalam Peraduan 'Komen & Menang' Liga Super Pulau Pinang 2017 yang mudah ini. Peraduan tutup pada 4 September. Pengumunan pemenang akan dibuat pada 9 September di Arena Setia SPICE.

Potong Rambut untuk Tujuan Bermakna Greenxagon Marketing Sdn Bhd menganjurkan potongan rambut amal pada 10 September, 3pm, bagi mengumpul dana untuk SPCA (Society for the Prevention of Cruelty to Animals) Pulau Pinang. Potong rambut untuk tujuan baik dengan hanya RM20 sahaja. Semua sumbangan derma akan disalurkan kepada SPCA Pulau Pinang.

Kemasukan PGIGC adalah PERCUMA! Daftar untuk menyertai acara cabutan bertuah semasa karnival yang menawarkan peluang untuk para pelawat memenangi memenangi pakej pelayaran 4D3N Penang-Phuket- Krabi dan hadiah cabut bertuah yang menarik! Untuk maklumat lanjut, layari www.pgigc.com.my atau halaman Facebook Penang International Green Carnival.

No Comments

Post A Comment