pgigc: 2017 | MARILAH BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG!
1423
post-template-default,single,single-post,postid-1423,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

MARILAH BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG!

Ucapan Pembukaan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Green Council (PGC), Lim Guan Eng pada 9 September 2017 semasa Majlis Pelancaran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017 di Setia SPICE Arena:

Selamat petang dan selamat datang ke Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017, platform terbesar di utara Malaysia untuk pendidikan alam sekitar! Tema karnival tahun ini “Bertindak Terhadap Perubahan Iklim Sekarang!” (Against Climate Change Together (Acct), Now), bertujuan untuk untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar dan menggalakkan orang ramai untuk menangani punca dan kesan pemanasan global serta mewujudkan kesan yang menyeluruhkan dalam usaha memerangi perubahan iklim.

Karnival ini merupakan hari keluarga yang penuh dengan pendidikan yang berinspirasi serta program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran. Ia juga merupakan satu platform yang menggalakkan idea hijau, penyelesaian dan amalan lestari, pameran produk, teknologi dan organisasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria'. Sejak tahun 2010, kami telah mula dengan inisiatif siri alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan sumber seperti khidmat bas CAT percuma, tiada beg plastik percuma setiap hari, larangan bekas makanan polistirena, memberi insentif untuk bangunan hijau, menyediakan laluan basikal, penguatkuasaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.

Pulau Pinang telah mencapai 38% kadar kitar semula yang tertinggi di negara ini berbanding dengan 22% kadar kitar semula negara dan berharap untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% menjelang tahun 2020. Pada 1 Jun tahun ini, kami telah maju setapak ke hadapan dengan penguatkuasaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang negeri hijau pertama di Malaysia. Di Pulau Pinang, purata 1,700-1,800 tan sisa dihantar ke tapak pelupusan Pulau Burung setiap hari. Jangka hayat tapak pelupusan yang dianggarkan adalah 42 tahun jika dilengkapi dengan Kemudahan Pemulihan Bahan (Material Recovery Facilities,MRF) dan mampu bertahan selama 60 tahun sekiranya turut dilengkapi dengan penukar sisa makanan. Pengasingan Sisa Di Punca merupakan salah satu cara untuk mengekalkan alam sekitar dan untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan Pulau Burung.

Kami adalah negeri pertama yang menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia dan akan terus berbuat demikian. Kami berharap Malaysia dapat meninggalkan loji tenaga kuasa nuklear seperti Jerman. Kami tidak akan membenarkan sebarang pembinaan loji tenaga kuasa nuklear di Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan keputusan kami. Banyak negara maju seperti Jerman telah menarik diri daripada penggunaan tenaga kuasa nuklear. Risikonya terlalu besar, walau apa pun dasar perlindungan alam sekitar yang dilaksanakan!

Kami tidak pernah membenarkan pembalakan hutan simpan kekal, tidak seinci persegi pun disentuh. Tambahan pula, kami telah menanam lebih daripada 271,000 pokok di Pulau Pinang sejak tahun 2008. Semua majlis rasmi untuk melindungi biodiversity semulajadi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu. Kami sedang menuju ke arah negeri hijau yang pertama di Malaysia.

YB Phee Boon Poh, exco negeri dan pemimpin-pemimpin pihak berkuasa tempatan – Dato’ Maimunah and Dato’ Sr Haji Rozali akan bertemu di sini dengan anda esok untuk satu dialog awam mengenai perubahan iklim – “Who cares? We care!”. Kami berharap anda mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan anda untuk membantu kami membuat keputusan yang lebih tepat untuk masa depan.

Acara tahunan ini merupakan anjuran bersama Penang Green Council (PGC), Malaysian Green Building Confederation (MGBC) Northern Chapter dan Green Building Index (GBI). Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), penganjur bersama, penaja-penaja dan rakan-rakan kongsi, karnival ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu dan berterusan daripada semua pihak ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja atas sokongan mereka terhadap Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017, yang menunjukkan komitmen perniagaan mereka kepada alam sekitar dan kualiti kehidupan. Mereka adalah penaja utama: Solarvest Energy Sdn Bhd, Sunway Property, Wiitrac Elevator Sdn Bhd and para penaja seperti berikut: Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Sulomas Utara Sdn Bhd, Apollo Vista Concept Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Genting Hong Kong & Star Cruises, Ninebot Malaysia, Biji-biji Initiative, Entopia by Penang Butterfly Farm, Greenxagon Marketing Sdn Bhd, Cenviro Sdn Bhd, Nets Printwork Sdn Bhd and Koo Bros Production.

Akhir sekali, kita tidak mewarisi bumi ini tetapi hanya meminjamnya daripada anak-anak kita. MARILAH BERTINDAK TERHADAP PERUBAHAN IKLIM SEKARANG!.

Ketua Menteri Pulau Pinang ,
Lim Guan Eng

No Comments

Post A Comment