pgigc: 2017 | Ucapan Aluan oleh Pengurus Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen pada 9 September 2017 semasa Majlis Pelancaran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017
1435
post-template-default,single,single-post,postid-1435,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-10.0,wpb-js-composer js-comp-ver-4.12,vc_responsive

Ucapan Aluan oleh Pengurus Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen pada 9 September 2017 semasa Majlis Pelancaran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017

Ucapan Aluan oleh Pengurus Besar Penang Green Council, Thing Siew Shuen pada 9 September 2017 semasa Majlis Pelancaran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017 di Setia SPICE Arena:

Selamat tengahari Tuan-tuan dan Puan-puan. Selamat datang dan terima kasih kerana menghadiri majlis pelancaran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2017! Hari ini, saya berbesar hati melihat anda semua berkumpul di sini untuk menyahut tanggungjawab bersama untuk tema karnival tahun ini – “Bertindak Terhadap Perubahan Iklim Sekarang!” (Against Climate Change Together (Acct), Now).

Penang Green Council ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2011. Kami bermula dari kumpulan yang terdiri daripada 3 orang kepada satu pasukan yang beranggota 17 ahli. Kami sedang berkembang dengan pesat, memperluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin dan pemegang taruh dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan, komuniti, sekolah, sektor swasta dan individu dalam menangani isu-isu alam sekitar di Pulau Pinang.

Saya masih ingat bahawa tugas pertama kami adalah untuk menganjurkan Ekspo Hijau mini di 1st Avenue. Kami tahu bahawa kami tidak dapat bersaing dengan pameran perdagangan dan festival makanan yang boleh memenuhi keperluan asas manusia, kami juga mengakui bahawa hijau dan kemampanan bukanlah sesuatu yang anda dapat merasai melalui kelima-lima deria dalam kehidupan seharian anda, anda hanya boleh merasa sesuatu yang tidak kena apabila masalah timbul misalnya apabila sistem saliran tersumbat dengan sampah. Kami cuba menjadikan acara ini sebagai satu platform yang menyeronokkan untuk keluarga dan bukan sekadarnya untuk sektor perniagaan. Pada mulanya, industri tidak yakin dengan idea ini, kami beritahu mereka pada kemudian, siapakah yang anda harapkan untuk membeli produk anda selaginya orang awam kekurangan kesedaran? Selaginya tiada sesiapa yang bercakap mengenai hijau dan alam sekitar di dalam sebuah keluarga, siapakah yang akan memahami idea mulia di sebalik produk anda? Secara ansuran, semakin banyak pempamer yang bersetuju bahawa idea dan pengetahuan harus dikongsi dengan semua lapisan masyarakat, terutamanya 20% terdiri daripada kanak-kanak dan remaja pada hari ini, mereka merupakan 100% masa depan. Hari ini, karnival hijau ini telah menjadi karnival hijau terbesar di utara Malaysia!

Ini merupakan tahun ketujuh acara tahunan ini diadakan dan Karnival Hijau Antarabangsa yang kedua. Bagi saya, karnival adalah seperti sebuah buku, pempamer-pempamer dan aktiviti-aktiviti mewakili setiap bab yang berbeza yang membentangkan cerita yang berbeza di dalam buku tersebut. Terdapat orang, idea dan amalan terbaik yang mahu kami tunjukkan kepada anda tetapi kami tidak dapat membawa kesemuanya ke Pulau Pinang. Namun, saya berharap anda dapat membaca buku-buku yang baik pada hari ini yang akan memperkayakan pengetahuan anda dan akhirnya memperkuasakan dan memperkasa anda untuk lebih mengambil berat tentang pembangunan lestari yang dapat meningkatkan kualiti hidup anda.

Meskipun terdapatnya kekurangan, saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan baru dan lama sepanjang tahun ini, mereka adalah rakan-rakan kerja, para penaja, rakan kongsi, pempamer, pemimpin dan juga pelawat-pelawat.

Terima kasih atas sokongan dan penglibatan berterusan anda untuk menjayakan acara berpendidikan ini. Dengan tujuan meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim, rakan-rakan sekerja saya bersama-sama dengan para sukarelawan kami melawat dari rumah ke rumah untuk jangkauan tempatan di isi rumah, sekolah, pejabat dan premis perniagaan; kami juga merentasi sempadan melalui forum, seminar dan karnival seperti hari ini untuk memastikan program-program dan acara-acara kami memberi kesan positif kepada pemikiran dan amalan orang ramai serta memberi penekanan kepada pemuliharaan alam sekitar.

Akhir sekali, saya berharap anda akan menikmati karnival ini dan lebih berinspirasi untuk memaklumkan ibubapa, rakan sekolah, kawan-kawan dan rakan kongsi anda, apa yang penting sekarang; fikirlah sebagai warga global, yakinkan pembuat keputusan syarikat, organisasi dan kerajaan anda untuk mengurangkan pencemaran dan pelepasan karbon, jikalau anda seorang pemimpin, galakkan komuniti anda untuk mengamalkan amalan lestari dan pastikan suara anda didengari. Banyak kerja yang perlu kita buat, Jika bukan kita, siapa lagi?

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya dalam Penang Green Council dan ASC Design yang bertungkus mulus kerja walaupun minggu yang lalu adalah cuti sepanjang lima hari. Sekian, terima kasih!

Thing Siew Shuen.

 

 

No Comments

Post A Comment